Select your country and language
Singapore
Malaysia
  • English
Indonesia
Brunei

PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE FOR AGENTS – Bahasa Malaysia Version

Maklumat peribadi yang telah anda berikan, sama ada pada masa kini atau pada masa hadapan, mungkin digunakan, direkodkan, disimpan, diletakkan dalam arkib, didedahkan mahupun diproses sebaliknya oleh Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (“Syarikat”) (dan penggantinya) bagi tujuan berikut:

  • memproses borang permohonan ejen anda; termasuk menjalankan pemeriksaan ciri / kredit bersesuaian yang mungkin merangkumi tinjauan dan penyiasatan menyeluruh terhadap latar belakang, kelayakan, pengalaman, pendidikan, sejarah pekerjaan, rujukan dan maklumat lain (termasuk rekod sejarah jenayah) bagi anda; 
  • memantau, mentadbir dan menguruskan peranan anda sebagai ejen Syarikat; 
  • tujuan promosi termasuk memaparkan dan menyiarkan imej gambar atau video anda;
  • penyelidikan dan audit yang termasuk tetapi tidak terhad pada tujuan sejarah dan statistik; 
  • untuk mencegah, menyiasat atau melaporkan sebarang pengubahan wang haram yang berlaku atau disyaki berlaku, membiayai pengganas, rasuah, sogokan, penipuan yang berlaku atau disyaki berlaku yang termasuk tetapi tidak terhad pada penipuan insurans, pengelakan cukai atau sekatan ekonomi atau perdagangan, dan jenayah lain atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang;
  • memeriksa semua maklumat yang diterima berkenaan anda dan membandingkan dengan maklumat yang disimpan dalam rekod Syarikat;
  • seperti yang dikehendaki undang-undang, peraturan, pengawalan, kod amalan atau garis panduan yang mengikat ke atas Syarikat;
  • memadankan sebarang data yang dipegang Syarikat dan Kumpulan Syarikat Great Eastern (“Great Eastern”) yang berkaitan dengan anda dari semasa ke semasa untuk tujuan yang dinyatakan di atas;
  • pemasaran langsung dan pemasaran am bagi sebarang produk dan perkhidmatan Syarikat, Great Eastern dan produk pihak ketiga yang mungkin menarik minat anda. Maklumat pemasaran berkaitan produk dan perkhidmatan daripada pihak ketiga hanya akan dimaklumkan kepada anda sekiranya anda telah memberi kebenaran secara jelas untuk menerimanya;
  • untuk tindakan guaman atau potensi untuk tindakan guaman; dan
  • jika dikehendaki dari segi undang-undang atau dengan niat baik, sekiranya tindakan tersebut diperlukan:
    a) untuk mematuhi sebarang penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang, dan/atau
    b) untuk melindungi dan membela hak atau harta Syarikat dan Great Eastern (untuk maklumat lanjut, sila layari greateasternlife.com).

"Maklumat peribadi" bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda dan anda telah beri kepada Syarikat and Great Eastern, yang termasuk tetapi tidak terhad pada nama anda, biodata atau maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan, nombor pasport, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, gambar, kegemaran peribadi,maklumat kewangan dan akaun perbankan serta sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda, yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh Syarikat dari semasa ke semasa. Istilah "maklumat peribadi" juga merangkumi data peribadi sensitif yang bermaksud sebarang data peribadi yang mengandungi maklumat berkenaan kesihatan atau keadaan fizikal atau mental anda, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan untuk sebarang kesalahan.

Syarikat mungkin mengumpul dan/atau mengesahkan maklumat peribadi anda daripada pihak ketiga, sebarang agensi rujukan kredit, sebarang agensi pengutipan hutang, dari mana-mana kumpulan syarikat Great Eastern dan persatuan insurans dan takaful.

Maklumat yang anda beri kepada Syarikat adalah penting. Jika anda tidak memberi maklumat tersebut kepada Syarikat, Syarikat mungkin tidak dapat memproses, mentadbir atau menguruskan peranan anda sebagai ejen, termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen pengembangan perniagaan dan bayaran komisen.

Sekiranya anda memberikan kami maklumat peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuklah apabila anda telah menamakan mereka sebagai ahli keluarga, dengan mengemukakan maklumat sedemikian kepada kami, anda telah menyatakan kepada kami bahawa anda telah memperoleh persetujuan daripada pihak ketiga tersebut bahawa anda akan memberikan kami maklumat peribadi mereka bagi tujuan yang dinyatakan di sini. Rujukan bagi "maklumat peribadi anda" hendaklah merangkumi maklumat peribadi pihak ketiga yang telah anda berikan.

Syarikat mungkin mendedahkan dan/atau memberi maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (sama ada di dalam dan di luar Malaysia) bagi tujuan yang dinyatakan di atas:

  • wakil yang dibenarkan Syarikat, pegawai terdekat dan/atau atasan dan ketua-ketua agensi;
  • penyedia perkhidmatan pihak ketiga (yang menjalankan pentadbiran, telekomunikasi, kemudahan berkaitan komputer yang termasuk tetapi tidak terhad pada pembelian perkakasan atau perisian, penambahbaikan sistem, pemindahan atau penyenggaraan, jika ada, pembayaran, pemprosesan data, penyimpanan atau perkhidmatan lain untuk Syarikat yang berhubung atau berkaitan dengan pengendalian atau cara operasi perniagaan kami) bagi memenuhi tanggungjawab Syarikat kepada anda;
  • sebarang agensi rujukan kredit atau jika gagal membuat bayaran, sebarang agensi pengutipan hutang;
  • mana-mana individu yang berperanan untuk menjaga kerahsiaan dan telah memberi akujanji untuk menyimpan data sulit tersebut, yang dilantik Syarikat untuk memenuhi tanggungjawabnya kepada anda;
  • mana-mana individu yang mana Syarikat bertanggungjawab membuat pendedahan mengikut keperluan sebarang undang-undang, aturan, peraturan, kod amalan atau garis panduan yang mengikat ke atas Syarikat;
  • mana-mana badan pengawalan, badan kerajaan atau pertubuhan yang diiktiraf dalam industri dan seperti mana diperlukan undang-undang;
  • syarikat-syarikat lain di bawah Great Eastern, rakan-rakan sekutu Syarikat; dan mana-mana rakan kongsi perniagaan atau strategik; (untuk maklumat lanjut, sila layari greateasternlife.com); dan
  • pihak lain yang berkenaan apabila anda telah bersetuju dengan pendedahan data peribadi anda.

Anda boleh mengakses maklumat peribadi tertentu yang dipegang oleh Syarikat berdasarkan undang-undang perlindungan data yang berkaitan di Malaysia. Anda boleh mengakses maklumat peribadi anda dengan melayari portal ePartner (https://epartner-my.greateasternlife.com).

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan seperti menghadkan pemprosesan maklumat tertentu, sila hubungi Syarikat melalui Internet Communication Module (ICM) di portal ePartner.

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkenaan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Privasi kami di talian +603 4813 3796.

Syarikat mungkin akan mengenakan bayaran untuk pemberian akses. Jika anda mendapati bahawa maklumat peribadi yang dipegang oleh Syarikat adalah tidak tepat, tidak lengkap dan tidak dikemas kini, Syarikat akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan maklumat adalah tepat, lengkap dan dikemas kini setelah menerima pengesahan atau maklum balas daripada anda.

Syarikat mungkin menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh masa yang dianggap perlu bagi tujuan memenuhi sebarang keperluan operasi, audit, penyiasatan, undang-undang, pengawalseliaan, cukai atau perakaunan, termasuk tetapi tidak terhad bagi sebarang potensi tindakan guaman.

Syarikat boleh menyemak semula dan mengemas kini Notis Perlindungan Data Peribadi ini dari semasa ke semasa mengikut pindaan undang-undang, pindaan amalan perniagaan, prosedur dan struktur, serta pindaan mengikut tahap jangkaan privasi oleh masyarakat. Secara amnya, kami mungkin tidak dapat memaklumkan anda bagi setiap perubahan ke atas Notis Perlindungan Data ini, oleh itu, anda boleh melayari laman sesawang https://epartner-my.greateasternlife.com untuk mendapatkan versi terbaharu Notis Perlindungan Data Peribadi pada bila-bila masa.

Dengan berurusan dengan Syarikat, serta dengan mengemukakan maklumat kepada Syarikat, anda telah bersetuju (dan jika diperlukan, bersetuju dengan jelas) ke atas penggunaan maklumat peribadi anda termasuklah data peribadi sensitif, mengikut cara yang dinyatakan dalam notis ini. Persetujuan dan kebenaran tersebut yang dinyatakan di dalam ini akan dilanjutkan bagi mana-mana maklumat yang diperoleh daripada sejarah maklumat kewangan atau rekod kredit, data atau maklumat sama ada atau tidak diberikan secara peribadi.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia pada notis ini, versi Bahasa Inggeris akan digunakan.

Sila klik di sini untuk versi Bahasa English.
Please click here for the English version.

Back to top
Need help?
Calling in Malaysia
Calling from overseas
Email us
Visit us
Make a claim
Find a Life Planning Advisor
Great Eastern Holdings Ltd | Great Eastern Life Assurance Co Ltd | Great Eastern General Insurance Ltd
Great Eastern Holdings Ltd | Great Eastern Life Assurance Co Ltd | Great Eastern General Insurance Ltd