PDP Notice GELM (EN & BM) Customers
- English Version
- Versi Bahasa Malaysia
PDP Notice GELM (EN & BM) Customers
variations, cancellation or renewal of products or services by the Company, by the Great Eastern Group or its respective related
corporations;
- to comply with any law enforcement, court orders or legal process, and/or
- to protect and defend the rights or property of the Company and the Great Eastern Group.
The information that you have provided to the Company is necessary. If you do not provide the Company with such information, the Company may not be able to provide you with insurance and/or respond to any claim.
1. Data Peribadi
"Data peribadi" bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda dan yang anda telah berikan kepada Syarikat atau akan berikan kepada Syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, biodata atau data peribadi, nombor Kad Pengenalan, nombor pasport, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, imej, pilihan peribadi anda, maklumat berkenaan hayat yang diasuranskan pihak ketiga atau benefisiari, dan maklumat akaun kewangan dan perbankan dan sebarang maklumat yang mungkin boleh mengenal pasti anda, mana-mana hayat yang diasuranskan, pemegang amanah atau benefisiari, yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh Syarikat dari semasa ke semasa. Istilah "data peribadi" juga merangkumi data peribadi sensitif yang bermaksud sebarang data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, dan pelakuan atau pengataan pelakuan yang mendakwa anda bagi sebarang kesalahan, data biometrik, atau mana-mana data peribadi lain sebagaimana yang mungkin dipinda oleh undang-undang dari semasa ke semasa.
Dengan memberikan data peribadi kepada Syarikat, anda mengizinkan (dan jika perlu, secara ekplisit bersetuju) terhadap penggunaan data peribadi anda termasuk data peribadi sensitif, mengikut cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Keizinan dan kebenaran yang tersebut di sini akan meliputi sebarang maklumat yang diperolehi daripada mana-mana polisi insurans yang diberikan kepada anda pada masa ini, sebarang permohonan baharu kepada Syarikat untuk insurans, dan pemprosesan tuntutan, rekod kewangan atau sejarah kredit, data atau maklumat sama ada diberikan secara peribadi atau tidak.
Sebagai peraturan am, jika anda berumur di bawah 18 tahun, Syarikat akan mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa, penjaga atau orang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa terhadap anda. Walau bagaimanapun, jika anda telah mencapai umur 16 tahun dan ingin menyertai polisi insurans atas kehidupan anda sendiri atau dalam kehidupan lain di mana anda mempunyai kepentingan untuk diinsurkan, anda dianggap mempunyai keupayaan untuk memberikan kebenaran anda sendiri berkenaan polisi insurans tersebut.
Notis ini terpakai kepada individu yang masih hidup. Hak dan perlindungan di bawah Notis ini dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 tidak terpakai kepada individu yang telah meninggal dunia, walaupun kami mungkin mengendalikan data sedemikian selaras dengan kewajipan undang-undang atau fidusiari yang berkenaan.
2. Pengumpulan Data Peribadi
Syarikat mungkin mengumpul data peribadi anda menerusi, termasuk tetapi tidak terhad kepada, cara berikut:
a. Apabila anda menghantar sebarang borang seperti, termasuk tetapi tidak terhad kepada, borang permohonan, cadangan, dan/atau tuntutan;
b. Apabila anda membuat sebarang perjanjian, memberi dokumen atau maklumat berkaitan dengan interaksi dan transaksi anda dengan Syarikat, atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat.
c. Apabila anda berhubung dengan kakitangan Syarikat seperti pegawat perkhidmatan pelanggan menerusi panggilan telefon (yang mungkin dirakam), surat, faksimile, perjumpaan bersemuka, platform digital (termasuk media sosial), dan email;
d. Apabila anda menggunakan perkhidmatan disediakan oleh Syarikat menerusi dalam talian atau platform teknologi lain, seperti laman sesawang dan aplikasi termasuk semasa anda mendaftar sebarang akaun dalam talian dengan Syarikat;
e. Apabila anda meminta Syarikat untuk menghubungi anda atau disertakan ke dalam email atau senarai mel lain, membalas permintaan Syarikat bagi data peribadi tambahan, atau tawaran dan/atau inisiatif disediakan oleh Syarikat;
f. Apabila anda telah dihubungi oleh, atau membalas kepada, wakil yang dibenarkan oleh Syarikat atau penyedia perkhidmatan lain lain;
g. Apabila Syarikat menerima rujukan daripada rakan niaga dan pihak ketiga, sebagai contoh, di mana anda telah dirujuk oleh mereka;
h. Apabila imej anda ditangkap oleh Syarikat melalui kamera CCTV semasa anda berada di dalam premis Syarikat, atau melalui gambar atau video atau rakaman audio yang diambil oleh Syarikat atau wakil yang dibenarkan apabila anda menghadiri acara yang dihoskan oleh Syarikat;
Syarikat mungkin mengumpul dan/atau mengesahkan data peribadi anda daripada pihak ketiga, seperti seseorang pemegang polisi yang mempunyai polisi ke atas diri anda atau untuk faedah anda, ejen, broker, rakan niaga dan pihak ketiga yang anda telah dirujuk kepada pihak Syarikat atau pihak ketiga yang telah Syarikat peroleh atau terima maklumat berkenaan anda berkaitan dengan polisi, permohonan polisi atau tuntutan anda, sebagai contoh, dari mana-mana kumpulan syarikat Great Eastern, penanggung insurans atau pengendali takaful lain, persatuan insurans dan takaful, hospital, klinik serta pihak berkuasa yang berkaitan;
Sekiranya anda memberikan Syarikat data peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuklah apabila anda telah menamakan mereka sebagai hayat yang diasuranskan, pemegang amanah atau benefisiari, atau pemegang serah hak atau apabila anda merujuk pihak ketiga kepada Syarikat bagi tujuan menawarkan produk dan/atau perkhidmatan Syarikat kepada pihak ketiga tersebut, anda telah menyatakan kepada Syarikat bahawa anda telah memperoleh persetujuan daripada pihak ketiga berkenaan bahawa anda akan memberikan Syarikat data peribadi mereka bagi tujuan yang dinyatakan di sini. Rujukan bagi "data peribadi anda" akan merangkumi data peribadi pihak ketiga yang telah anda berikan.
3. Tujuan Pengumpulan dan Penggunaan Data Peribadi
Data peribadi anda mungkin digunakan, direkodkan, disimpan, diarkibkan, dizahirkan atau diproses oleh atau bagi pihak Syarikat (dan penggantinya) bagi tujuan berikut:
a. untuk penyediaan perniagaan insurans, yang mungkin berkenaan dan untuk menjalankan sebarang kegiatan atau kewajipan sebagai penanggung insurans, termasuk tetapi tidak terhad pada sebarang tujuan operasi dan pengurusan dalaman;
b. untuk menilai atau memproses sebarang cadangan atau permohonan yang dibuat untuk mana-mana produk dan perkhidmatan Syarikat, termasuk sebarang pengunderaitan pada masa hadapan;
c. sebarang tuntutan atau penyiasatan atau analisis terhadap tuntutan tersebut, termasuklah memastikan sejarah tuntutan anda bagi memperbaiki proses tuntutan dan mencegah tuntutan palsu, termasuk sebarang penilaian tuntutan pada masa hadapan;
d. untuk menguruskan dan memberi perkhidmatan atas hubungan Syarikat dengan anda serta memberi perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatkan;
e. untuk memadankan dan mengemas kini sebarang data peribadi yang dipegang oleh Syarikat dan Kumpulan Great Eastern yang berkaitan dengan anda dari semasa ke semasa;
f. untuk menawarkan dan/atau memproses sebarang pindaan, perubahan, pembatalan atau pembaharuan sebarang produk atau perkhidmatan daripada Kumpulan Great Eastern, termasuk syarikat berkaitannya dan korporat berkaitan Kumpulan Great Eastern.
g. untuk pemasaran langsung dan pemasaran umum produk insurans dan takaful, perkhidmatan, tawaran istimewa dan ganjaran daripada Syarikat, Kumpulan Great Eastern atau syarikat berkaitan masing-masing, atau pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada rakan niaga Syarikat, yang mungkin menarik minat anda. Sila ambil maklum bahawa maklumat pemasaran berkenaan dengan Kumpulan Great Eastern dan syarikat berkaitan masing-masing, serta produk dan perkhidmatan pihak ketiga, hanya akan dihantar kepada anda sekiranya anda telah memberikan persetujuan secara rasmi terhadap perkara tersebut;
h. untuk menguruskan pertandingan dan peraduan, serta memperibadikan pengalaman anda di titik sentuh Syarikat;
i. untuk tujuan penyelidikan, penilaian risiko/tinjauan dan audit, termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan sejarah, statistik/aktuarial atau analitik data/kajian;
j. untuk menjalankan sebarang hak subrogasi atau tuntutanmendapatkan hak kembali;
k. untuk mencegah, menyiasat, atau melaporkan sebarang pengubahan wang haram yang berlaku atau yang disyaki berlaku, pembiayaan pengganas, rasuah, sogokan, penipuan yang berlaku atau yang disyaki berlaku termasuk tetapi tidak terhad pada penipuan insurans, pengelakan cukai atau sekatan ekonomi atau perdagangan, dan jenayah lain atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang;
l. untuk reinsurans;
m. untuk perkongsian maklumat dengan persatuan insurans atau takaful dan mana-mana sistem perkongsian maklumat, termasuk untuk bekerjasama atau membantu dalam siasatan yang dijalankan oleh penyedia insurans atau takaful lain, atau persatuan insurans/takaful yang berkaitan;
n. untuk tindakan undang-undang atau potensi untuk tindakan undang-undang; dan
o. jika dikehendaki dari segi undang-undang atau dengan niat baik, sekiranya tindakan tersebut diperlukan:
- untuk mematuhi sebarang penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses
undang-undang, dan / atau - untuk melindungi dan membela hak atau harta Syarikat dan Kumpulan Great Eastern
Maklumat yang anda beri kepada Syarikat adalah perlu. Sekiranya anda tidak memberikan maklumat tersebut kepada Syarikat, Syarikat mungkin tidak dapat memberikan perlindungan insurans kepada anda atau memberi maklum balas ke atas sebarang tuntutan.
4. Pendedahan Data Peribadi
Syarikat mungkin menzahirkan dan/atau memberikan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (di dalam dan di luar Malaysia) untuk tujuan yang dinyatakan di atas:
a. wakil-wakil yang diberi kuasa oleh Syarikat;
b. bagi polisi pihak ketiga, pemilik polisi, dan/atau hayat yang diasuranskan;
c. bagi polisi kumpulan, pemegang polisi dan/atau brokernya;
d. pembekal perkhidmatan pihak ketiga (yang menjalankan pentadbiran, telekomunikasi, komputer, pembayaran, pemprosesan atau penyimpanan data, atau perkhidmatan lain untuk Syarikat serta berkaitan dengan operasi perniagaan Syarikat) bagi memenuhi tanggungjawab Syarikat kepada anda;
e. bank dan institusi kewangan;
f. penanggung insurans atau pengendali takaful, perkhidmatan pengesanan dan pencegahan penipuan insurans, syarikat insurans semula, persatuan insurans atau takaful dan pihak berkuasa bagi pengawalan industri insurans;
g. mana-mana agensi rujukan kredit atau sekiranya berlaku kegagalan membuat pembayaran kredit, sebarang agensi pengutipan hutang;
h. mana-mana organisasi perkadaran insurans yang mengumpul maklumat berkenaan sejarah kredit, punca kemalangan, maklumat kecederaan dan jumlah yang dibayar serta berkongsi maklumat dengan syarikat insurans atau pengendali-pengendali takaful lain dan pihak lain yang berhak melihatnya;
i. mana-mana individu yang bertanggungjawab menjaga hal sulit dan telah bersetuju untuk tidak menzahirkan sebarang data sulit, yang telah dilantik Syarikat untuk menunaikan kewajipannya kepada anda;
j. mana-mana penerima serak hak atau yang dicadangkan, penerima pindahan, peserta atau peserta bersama terhadap hak atau perniagaan Syarikat;
k. mana-mana individu yang mana Syarikat bertanggungjawab membuat penzahiran mengikut keperluan sebarang undang-undang, peraturan, pengawalan, tata amalan atau garis panduan yang mengikat Syarikat, termasuk dan tidak terhad kepada mana-mana badan pengawalan, badan kerajaan, atau persatuan insurans dan selainnya apabila diperlukan undang-undang;
l. syarikat-syarikat lain yang bernaung di bawah Kumpulan Great Eastern dan termasuk syarikat berkaitannya dan korporat berkaitannya; dan
m. mana-mana rakan niaga.
5. Langkah Keselamatan pada Data Peribadi Anda
Syarikat akan mengambil usaha yang munasabah untuk melindungi data peribadi dalam milikan atau kawalan Pengendali Takaful dengan membuat pengaturan keselamatan yang munasabah untuk menghalang akses tanpa kebenaran, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan atau risiko serupa. Walau bagaimanapun, Syarikat tidak dapat menjamin sepenuhnya keselamatan sebarang data peribadi yang mungkin Syarikat kumpulkan daripada atau tentang anda, atau sebagai contoh tiada kod berbahaya akan memasuki tapak web Syarikat (sebagai contoh virus, pepijat, kuda trojan, perisian pengintip atau perisian iklan). Anda harus sedar tentang risiko yang berkaitan dengan menggunakan tapak web.
Walaupun Syarikat berusaha untuk melindungi data peribadi anda, Syarikat tidak dapat memastikan keselamatan maklumat yang anda hantar kepada Syarikat melalui Internet, dan Syarikat menyarankan anda untuk mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk melindungi data peribadi anda apabila anda berada di Internet. Syarikat mengesyorkan agar anda menukar kata laluan anda dengan kerap, menggunakan gabungan huruf dan nombor, dan pastikan anda menggunakan penyemak imbas yang selamat.
Di mana berkenaan, anda berjanji untuk memastikan nama pengguna dan kata laluan anda selamat dan sulit serta tidak akan mendedahkan atau membenarkan ia didedahkan kepada mana-mana orang yang tiada kebenaran, dan memaklumkan Syarikat secepat mungkin jika anda mengetahui atau mengesyaki bahawa orang lain mengetahui nama pengguna anda serta kata laluan atau percaya kerahsiaan nama pengguna dan kata laluan anda telah hilang, dicuri atau dikompromi dalam apa jua cara atau bahawa transaksi sebenar atau kemungkinan transaksi tanpa kebenaran telah berlaku. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan akibat daripada sebarang pelanggaran keselamatan yang berkaitan dengan penggunaan nama pengguna dan kata laluan anda tanpa kebenaran dan/atau penipuan.
6. Pengekalan Data Peribadi
Syarikat mungkin menyimpan data peribadi anda pada jangka masa yang dianggap perlu bagi tujuan memenuhi sebarang keperluan operasi, audit, penyiasatan, perundangan, kawal selia, cukai atau perakaunan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang litigasi yang berpotensi, dan pengunderaitan dan untuk tujuan penilaian tuntutan masa hadapan.
7. Penggunaan Kuki dan Teknologi Berkaitan
Laman web dan platform Syarikat menggunakan kuki dan teknologi lain. Kuki ialah fail teks kecil yang disimpan dalam pengkomputeran anda atau peranti elektronik lain apabila anda melawati tapak web dan platform Syarikat untuk tujuan penyimpanan rekod. Kuki disimpan dalam direktori fail penyemak imbas anda, dan pada kali seterusnya anda melawati tapak web atau platform, penyemak imbas anda akan membaca kuki dan menyampaikan kembali maklumat ke tapak web, platform atau elemen yang pada asalnya menetapkan kuki. Bergantung pada jenis kuki itu, kuki mungkin menyimpan pilihan pengguna dan maklumat lain.
Suar web (juga dikenali sebagai tag piksel dan GIF jelas) melibatkan grafik yang tidak nyata kepada pengguna. Pautan penjejakan dan/atau teknologi serupa terdiri daripada beberapa baris kod pengaturcaraan dan boleh dibenamkan dalam tapak web atau platform Syarikat.
Suar web biasanya digunakan bersama dengan kuki dan digunakan terutamanya untuk tujuan analisis statistik. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk menjejaki corak trafik pada tapak web dan platform, serta mengetahui sama ada e-mel telah diterima dan dibuka dan untuk melihat sama ada terdapat sebarang respons.
Syarikat mungkin menggunakan kuki dan teknologi lain seperti berikut:
a. maklumat penjejakan seperti bilangan pelawat dan kekerapan penggunaan mereka, profil pelawat dan tapak pilihan mereka;
b. menjadikan tapak web dan platform Syarikat lebih mudah digunakan. Sebagai contoh, kuki boleh digunakan untuk membantu mempercepatkan interaksi masa depan anda dengan tapak web dan platform Syarikat;
c. untuk menyesuaikan produk dan perkhidmatan Syarikat dengan lebih baik mengikut minat dan keperluan anda. Sebagai contoh, maklumat kuki mungkin dikenal pasti dan didedahkan kepada vendor dan rakan niaga Syarikat untuk menjana pandangan pengguna;
d. mengumpul maklumat tentang carian dan sejarah penyemakan imbas pengguna;
e. apabila anda berinteraksi dengan Syarikat di tapak web dan platform Syarikat, Syarikat mungkin menerima dan merekod maklumat secara automatik pada log pelayan Syarikat daripada penyemak imbas anda. Syarikat mungkin mengumpul untuk tujuan analisis, statistik dan maklumat berkaitan tapak termasuk, tanpa had, maklumat yang berkaitan dengan cara pelawat tiba di tapak web atau platform, pelayar yang digunakan oleh pelawat, sistem pengendalian yang digunakan pelawat, alamat IP pelawat, dan maklumat strim klik pelawat dan cap masa (yang mungkin termasuk sebagai contoh, maklumat tentang halaman yang mereka telah lihat, masa halaman itu diakses dan masa yang dihabiskan untuk setiap halaman web);
f. menggunakan maklumat sedemikian untuk memahami cara orang menggunakan tapak web dan platform Syarikat, dan untuk membantu Syarikat menambah baik struktur dan kandungan mereka;
g. menggunakan kuki yang diperlukan untuk membolehkan tapak web dan platform Syarikat beroperasi, sebagai contoh, kuki yang membolehkan anda log masuk ke bahagian selamat tapak web dan platform Syarikat; dan/atau
h. memperibadikan laman web dan platform untuk anda, termasuk menyampaikan iklan yang mungkin menarik minat anda dan menggunakan maklumat berkaitan kuki untuk membolehkan Syarikat memahami keberkesanan iklan Syarikat.
Beberapa kuki yang Syarikat gunakan adalah daripada syarikat pihak ketiga untuk memberikan Syarikat analisis web dan risikan tentang tapak web dan platform Syarikat. Syarikat-syarikat ini mengumpulkan maklumat tentang interaksi anda dengan tapak web dan platform Syarikat. Syarikat menggunakan maklumat sedemikian untuk menyusun statistik tentang pelawat yang berinteraksi dengan tapak web, platform dan kandungan dalam talian Syarikat yang lain, untuk mengukur keberkesanan komunikasi Syarikat, dan untuk memberikan maklumat yang lebih berkaitan kepada pelawat.
Jika anda tidak bersetuju dengan penggunaan kuki tersebut, anda boleh melaraskan tetapan penyemak imbas anda. Melainkan anda telah melaraskan tetapan penyemak imbas anda untuk menyekat kuki, sistem Syarikat akan mengeluarkan kuki sebaik sahaja anda melawat tapak Syarikat atau mengklik pada pautan dalam e-mel sasaran yang telah Syarikat hantar kepada anda, walaupun anda telah memadamkan kuki sebelum ini.
Cara kuki boleh diuruskan bergantung pada penyemak imbas anda. Untuk maklumat lanjut tentang cara mengkonfigurasi atau melumpuhkan kuki, sila rujuk pilihan 'Bantuan' pelayar internet anda.
Jika anda tidak bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi lain oleh Syarikat seperti yang dinyatakan dalam Notis ini, anda harus memadam atau melumpuhkan kuki yang dikaitkan dengan tapak web dan platform Syarikat dengan menukar tetapan pada penyemak imbas anda dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak dapat memasuki bahagian tertentu tapak web atau platform Syarikat. Ini juga boleh memberi kesan kepada pengalaman pengguna anda semasa berada di tapak web atau platform Syarikat.
Analisis data, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin boleh digunakan untuk beberapa tujuan yang dinyatakan dalam perenggan di atas.
8. Hak Anda pada Data Peribadi Anda
Anda boleh mengakses data peribadi tertentu yang dipegang oleh Syarikat berdasarkan undang-undang perlindungan data yang berkaitan di Malaysia
Anda boleh mengakses data peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan “Customer Service Careline” atau melayari Portal Pelanggan Syarikat. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan seperti menghadkan pemprosessan maklumat tertentu, termasuk membatalkan persetujuan untuk menerima maklumat pemasaran, anda boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan;
Pusat Perkhidmatan Pelanggan : (603) 4259 8333
Portal Pelanggan: https://econnect-my.greateasternlife.com
Syarikat boleh mengenakan bayaran yang berpatutan untuk pemberian akses. Jika anda mendapati bahawa data peribadi yang dipegang oleh Syarikat adalah tidak tepat, tidak lengkap dan tidak dikemaskini, Syarikat akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan maklumat adalah tepat, lengkap dan dikemaskini setelah menerima pengesahan atau maklum balas daripada anda.
Jika anda mempunyai sebarang aduan atau maklum balas berkenaan data peribadi anda, anda boleh menulis kepada Syarikat melalui saluran berikut:
Pegawai Perlindungan Data,
Level 20, Menara Great Eastern,
303 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur Malaysia.
Email: GELMDPO@greateasternlife.com
Syarikat boleh menyemak semula dan mengemaskinikan Notis ini dari semasa ke semasa mengikut pindaan undang-undang, pindaan amalan perniagaan, prosedur dan struktur Syarikat serta Kumpulan Great Eastern, dan pindaan mengikut tahap jangkaan privasi oleh masyarakat. Secara amnya, Syarikat mungkin tidak dapat memaklumkan anda bagi setiap perubahan ke atas Notis ini, oleh itu, anda boleh melayari laman sesawang Syarikat untuk mendapatkan versi terbaharu Notis pada bila-bila masa.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia pada notis ini, versi Bahasa Inggeris akan digunakan.
Terakhir dikemaskini pada: 10 Jun 2025