Apabila berurusan dengan Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad (“Syarikat”), dengan mengemukakan maklumat kepada Syarikat, menyertai atau mendaftar untuk sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan Syarikat, anda telah memberi maklumat peribadi kepada Syarikat.
"Maklumat peribadi" bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda dan anda telah beri kepada Syarikat, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, biodata atau maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan, nombor pasport, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, gambar, kegemaran peribadi, maklumat berkenaan hayat yang diasuranskan pihak ketiga atau benefisiari, dan maklumat kewangan dan akaun perbankan serta sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda, mana-mana hayat yang diasuranskan, pemegang amanah atau benefisiari, pemegang serah hak yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh Syarikat dari semasa ke semasa. Istilah "maklumat peribadi" juga merangkumi data peribadi sensitif yang bermaksud sebarang data peribadi yang mengandungi maklumat berkenaan kesihatan atau keadaan fizikal atau mental anda, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan untuk sebarang kesalahan.
Sekiranya anda memberikan kami maklumat peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuklah apabila anda telah menamakan mereka sebagai hayat yang diasuranskan, pemegang amanah atau benefisiari, atau pemegang serah hak atau apabila anda merujuk pihak ketiga kepada kami bagi tujuan menawarkan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada pihak ketiga tersebut, dengan mengemukakan maklumat sedemikian kepada kami, anda telah menyatakan kepada kami bahawa anda telah memperoleh persetujuan daripada pihak ketiga berkenaan bahawa anda akan memberikan kami maklumat peribadi mereka bagi tujuan yang dinyatakan di sini. Rujukan bagi "maklumat peribadi anda" hendaklah merangkumi maklumat peribadi pihak ketiga yang telah anda berikan.
Maklumat peribadi anda mungkin digunakan, direkodkan, disimpan, diletakkan dalam arkib, didedahkan mahupun diproses sebaliknya oleh Syarikat atau bagi pihak Syarikat (dan penggantinya) bagi tujuan berikut:
Syarikat mungkin mengumpul dan/atau mengesahkan maklumat peribadi anda daripada pihak ketiga, seperti seseorang pemegang polisi yang mempunyai polisi ke atas diri anda atau untuk faedah anda, ejen, broker, rakan niaga dan pihak ketiga yang anda telah dirujuk kepada pihak Syarikat atau pihak ketiga yang telah kami dapat atau terima maklumat berkenaan anda berkaitan dengan polisi, permohonan polisi atau tuntutan anda, contohnya, dari mana-mana kumpulan syarikat Great Eastern, penanggung insurans atau pengendali takaful lain, persatuan insurans dan takaful, hospital, klinik, bengkel kereta serta pihak berkuasa yang berkaitan.
Syarikat mungkin menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh masa yang dianggap perlu bagi tujuan memenuhi sebarang keperluan operasi, audit, penyiasatan, undang-undang, pengawalseliaan, cukai atau perakaunan, termasuk tetapi tidak terhad bagi sebarang potensi tindakan guaman, dan tuntutan pengunderaitan serta penilaian tuntutan pada masa hadapan.
Maklumat yang anda beri kepada Syarikat adalah penting. Jika anda tidak memberi maklumat tersebut kepada Syarikat, Syarikat mungkin tidak dapat memberikan perlindungan insurans kepada anda atau memberi maklum balas ke atas sebarang tuntutan.
Syarikat mungkin mendedahkan dan/atau memberi maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (sama ada di dalam dan di luar Malaysia) bagi tujuan yang dinyatakan di atas:
Anda boleh mengakses maklumat peribadi tertentu yang dipegang oleh Syarikat berdasarkan undang-undang perlindungan data yang berkaitan di Malaysia.
Anda boleh mengakses maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan “Customer Service Care” atau melayari Portal Pelanggan kami. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan seperti menghadkan pemprosessan sesetengah maklumat, termasuk membatalkan kebenaran untuk menerima maklumat pemasaran, anda boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami, atau menulis kepada Syarikat.
Jika anda mempunyai sebarang aduan berkenaan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Privasi kami.
Untuk keterangan lanjut bagaimana Syarikat menggunakan maklumat peribadi anda, sila layari laman sesawang kami dan baca Piagam Pelanggan Syarikat dan Dasar Polisi Privasi seperti yang dinyatakan dibawah:
Great Eastern General Insurance Malaysia | |
---|---|
Laman Sesawang | greateasterngeneral.com |
Portal Pelanggan |
https://connect-my.greateasternlife.com |
Pusat Perkhidmatan Pelanggan | 1300 1300 88 (Press 2 for General Insurance) |
gicare-my@greateasterngeneral.com | |
Pegawai Privasi | +603 2786 1162 |
Syarikat mungkin mengenakan bayaran yang berpatutan untuk pemberian akses. Jika anda mendapati bahawa maklumat peribadi yang dipegang oleh Syarikat adalah tidak tepat, tidak lengkap dan tidak dikemaskini, Syarikat akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan maklumat adalah tepat, lengkap dan dikemas kini setelah menerima pengesahan atau maklum balas daripada anda.
Syarikat boleh menyemak semula dan mengemaskinikan Notis Perlindungan Data Peribadi ini dari semasa ke semasa mengikut pindaan undang-undang, pindaan amalan perniagaan, prosedur dan struktur Syarikat serta Great Eastern, dan pindaan mengikut tahap jangkaan privasi oleh masyarakat. Secara amnya, kami mungkin tidak dapat memaklumkan anda bagi setiap perubahan ke atas Notis Perlindungan Data ini, oleh itu, anda boleh melayari laman sesawang kami untuk mendapatkan versi terbaharu Notis Perlindungan Data Peribadi pada bila-bila masa.
Dengan berurusan dengan Syarikat, serta dengan mengemukakan maklumat kepada Syarikat, mendaftarkan atau pendaftaran bagi sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan Syarikat, anda telah bersetuju (dan jika diperlukan, bersetuju dengan jelas) ke atas penggunaan maklumat peribadi anda termasuklah data peribadi sensitif, mengikut cara yang dinyatakan dalam notis ini. Persetujuan dan kebenaran tersebut yang dinyatakan di dalam ini akan dilanjutkan bagi mana-mana maklumat yang diperoleh daripada mana-mana polisi insurans yang diberi kepada anda, sebarang permohonan baharu kepada Syarikat untuk insurans, dan pemprosesan tuntutan, seperti sejarah maklumat kewangan atau rekod kredit, data atau maklumat sama ada atau tidak diberikan secara peribadi.